Thursday, September 17, 2015

Al-Razzaq

Assalamualaikum ~

cewah tetiba ada ~ tu macam comel + i-mean-no-harm punya vibe gitu. Hai ~ Kawaii ngat.

Anyway.

Malam ni takde mood nak belajar. InshaAllah esok datangla semangat tu. InshaAllah. Dah lewat ni, tapi nak ambik masa sikit cerita pasal Al-Razzaq. Siapa Al-Razzaq? Dialah yang Maha Memberi. 

The One who creates all means of nourishment and subsistence. The One who is the giver of all things beneficial, both physical and spiritual. The One who provides everything that is needed.The One who causes the means of subsistence to come. The One who bestows all means of support and growth, for the body, the mind and the spiritual life. - wahiduddin.net

Bercakap daripada pandangan personal - mashaAllah - tiap2 kali aku kering sikit - tak kira la bab duit, makanan - ada je rezeki yang tiba2 datang. ada sahaja. wallahi. Masa tu la kau rasa sayang pada Allah SWT ni melimpah-limpah. SubhanAllah. Mak aku selalu ingatkan, bibir tu jangan tinggal ucap syukur kat Allah. Terlalu banyak yang Dia dah bagi padahal kita dalam keadaan alpa. Authubillah. 

Aku amik beberapa kejadian yang aku ingat la eh. Aku ni jenis yang tak suka mintak duit kat mak bapak. Selagi rasa boleh manage lagi, aku tak mintak. Kadang2 tinggal RM10 baru nak mintak, haha masalah betul aku ni. Sama je la kan, mintak je la awal2 duhh last2 kena mintak jugak. Pernah sekali tu masa asasi, malam tu memang cadang nak mintak. Entah macam mana masa tengah kemas baju ke apa, tangan aku terpegang not dalam loker. Wah. Dua keping RM50 ke sekeping. Tak ingat. Dulu memang aku letak duit lebih bawah baju. Ingat dah habis, ada lagi rupanya. Alhamdulillah. 

Fast forward ke hari ni, dengan duit dah mula nak tandus. Pastu aku dah lama teringin nak makan burger tapi taktau cane nak gi, kereta hari ni semua tak available. Pastu nak lunch tapi makanan bawah dah abes. Teringat plak petang ada latihan tenis. Ah sudah. Mcm mana nak main. Kau tengok macam mana Al-Razzaq susun rezekiNYA untuk aku hari ni.

Mula2 dapat mesej dari kawan, bagitau duit yang kami dulukan untuk ada satu program dulu dah boleh claim. Alhamdulillah. Dapat jugakla aku a week's worth buat belanja. Progam tu lama dah, aku pun takkan ingat kalau dia tak ingatkan aku. Bab duit setel alhamdulillah. 

Lunch? Naik2 je dari kiosk dengan roti dan milo, kawan aku ajak makan bubur nasi + bubur jagung. Mak dia bawak nak jamu kawan2 satu batch. Alhamdulillah. Semangkuk bubur nasi aku amek. Alhamdulillah.

Burger? Lepas isya' tadi aku tertidur. Tiba2 roommate kejut, "weh aku nak pi burger king ni. Nak kirim pape tak?" 

Maha Besar Tuhan kita dalam menyelesaikan urusan hamba-hambaNYA. Ni soal rezeki yang material, rezeki lain yang sehari-harian tu macam mana? Rezeki badan sihat. Rezeki mental sihat. Rezeki kekuatan, rezeki senang masuk ilmu, dan macam2 lagi rezeki yang kadang2 we tend to overlook. Termasuklah aku.Alhamdulillah, thumma Alhamdulillah. MashaAllah.