Friday, July 26, 2013

Apa cerita Ramadhan anda

Peace. Sedar tak sedar dah lapan belas hari kita berpuasa. LAPAN BLAS mashaAllah. Aku rasa macam baru sangat je mula berpuasa. Laju betul masa. Sejak dulu lagi manusia sudah menyedari keadaan ni sebenarnya, maka wujudlah istilah 'time flies' dll. Tapi semenjak dua menjak ni dah macam makin laju. Cth: Aku mula kelas hari Isnin. Tak sempat nak tarik nafas dah hari Khamis. Happy gila sebab maksudnya aku dah boleh balik rumah. Selalu sangat cakap2 dengan roommate aku berkenaan masa. Laju sangat!

Aku ada juga fikir2, mungkin bila minda seseorang tu terlalu preoccupied dia takkan sedar masa berlalu. Orang yang kuat belajar, kuat bekerja, fokus pada satu perkara dan hanya satu memang takkan sedar laluan masa. Cuba kalau kau duduk tak buat apa. Seksa betul walaupun nak tunggu habis sepuluh minit. Tapi ada satu hadith yang aku nak kongsikan di sini,

“Tidak akan terjadi kiamat sehingga masa menjadi singkat, maka setahun dirasakan seperti sebulan dan sebulan dirasakan seperti seminggu dan seminggu dirasakan seperti sehari dan sehari dirasakan seperti satu jam dan satu jam dirasakan seperti satu percikan api.” Hadith riwayat Tirmizi.

Ramadhan yang bakal berakhir ni aku harap dapatlah kita manfaatkan sepenuhnya. Demi rahmat, pengampunan dan pembebasan dari api neraka inshaAllah. Siapa boleh jamin Ramadhan seterusnya akan menemui kita?

Live each day of Ramadhan as if it is your last.

InshaAllah. Ramadhan kareem!

p/s: Ramadhan kedua di cfs iium Alhamdulillah. Not bad, not bad :)

No comments: