Saturday, March 23, 2013

Ok...

Salaam.

Sedang aku syok melayari internet pada suatu hari tiba-tiba aku terjumpa blog lama. Ya. Blog lama. Dah lima tahun blog tu terbiar. Part paling best sekali adalahhhh

Ada gambar aku. Besar punya. Betul gak, tak heranla. Kat facebook pun ada gambar aku. Tapi

jeng jeng

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

ada tulisan atas gambar tu. Pakai tools dalam Paint. Biasa orang letak nama je la kan. Eg: Maria Mariana. Tapi aku bukan. Bukan nama.

Gambar itu diconteng dengan mutiara kata. Ya berikan tepukan. Bukan satu baris mutiara kata, aku rasa berbaris-baris la jugak. Dan bukan mutiara kata yang biasa kita dengar, apa tah aku bantai. Ya Allah.

Yang paling sedih aku tak boleh buang blog tu - ID ke mana, password lagilah.

Boleh gali lubang dan masuk sekarang. I sincerely hope nobody will find that blog. Kalau jumpa pun kau jangan nak sebarkan, aku tak benarkan. Haa jangan main. Aib aku tu. Ingat!

Aib!
sigh.

 PS: Homesick. Mama just called. Homesick to the power of three. 

2 comments:

Keretapi said...

paint omg

good old days

can i see it tho

no...?

Shafiqah Omar said...

no.