Thursday, March 28, 2013

Gaza aku datang

Salut.

Aku nak berkongsi intipati forum (bertajuk di atas) yang baru aku hadiri. Panel2 terdiri daripada pengerusi Aqsa Syarif; Tuan Syed Radhi dan Imam Muda Asyraf. 

Sangat menarik forum ni, walaupun pertengahan forum tiba-tiba je pendingin hawa mati. Terpaksa kami menghirup udara yang makin lama makin stuffy dan mencari keratan kertas untuk dibuat kipas. Kata-kata Tuan Syed Radhi selepas melihat keadaan kami terus membuatkan kebanyakan pelajar mencampak keluar kipas yang ada di tangan bagi yang sedang mengipas dan mencari stapler untuk men-stapler mulut yang dok komplen "panas hui panaaas"

"Kalau panas pun tidak tahan, jangan bicara tentang perjuangan."

Kalau aku nak cerita satu2 rasanya panjang jadi aku ringkaskan je. Mula-mula sekali aku nak cakap program ni cukup menyedarkan aku. Kalau nak dibandingkan dengan rata-rata mereka yang dalam dewan tu berkenaan dengan ilmu tentang isu di Palestin khusunya - bagai langit dengan bumi aku rasa. Banyak lagi yang aku tak tahu.

Kenapa Gaza yang disebut-sebut? Mana pergi kawasan Palestin lain? Menurut apa yang aku dengar, 90% daripada seluruh kawasan Palestin telahpun dirampas. Yang tinggal hanya Gaza dan beberapa kawasan di Tebing Barat. Tolong betulkan kalau salah. Gaza ni istimewa sedikit kerana tiada occupation dalam kawasan tersebut tapi tempat itu dikepung seketat-ketatnya. Luas Gaza lebih kurang 360 km persegi. Menempatkan lebih kurang 1.7 juta orang. Luas Langkawi 400 lebih km persegi. 65000 orang sahaja. Tepuk dahi tanya diri sendiri. Apa beza Gaza dengan penjara? Gaza merupakan penjara terbesar dunia. No way in, no way out. Mereka dikepung 24/7. Mediterranean sea dikawal sepenuhnya oleh tentera Zionis. Belon udara panas dengan cctv berlegar di udara. Kata Tuan lagi, kalau dekat Google Maps pun kita boleh lihat rumah kita dengan jelas, apatah lagi kamera tersebut. Hidup senantiasa diperhati mata2 jahat. Don't let me get started on the control towers. 

Terowong digali oleh saudara2 kita di sana dalam memastikan kelangsungan bekalan makanan. Jangan sebut perkataan smuggling dengan mereka. "No brother, this isn't smuggling. This is our lifeline." Allahuakbar. Aku yang selama ni hanya menjadi pemerhati setia semangat juang saudara2 aku di sana bertambah kagum mendengar kata2 ahli panel yang berpeluang ke sana. 

Lagi satu panelis sebut! Beliau kalau diajak ke mana-mana ceramah berkenaan dengan isu di Gaza selalu didatangi dengan tajuk2 seperti 'Gaza Menangis' dll. Beliau kata mereka tidak lagi menangis. Sejak peperangan baru2 ini - Nov 2012 - Gaza sudah mula bercakap tentang kemenangan.

Pada aku mereka sudah lama memikirkan kemenangan. They are optimistic mujahideens - a quality every living person should die for. 

Let's pray for our brothers and sisters all over the world. Everywhere. Anyone. Anywhere. 

Hashtag hashtag juga, proses menadah tangan, meminta pada 'Azza wa jalla tu - janganla kita lupa. InshaAllah.

2 comments:

Keretapi said...

hashtag hashtag juga. loool.

thanks peqah :)

Shafiqah Omar said...

sama2 ingat-mengingatkan :D