Saturday, February 23, 2013

Buku dan Festival. Bukan festival buku.

Assalamualaikum. Aku dalam keadaan homesick. Homesick tahap apa aku takleh nak cerita. Takut kalau cerita makin berdarah luka di hati. Minggu lepas aku tak balik. Minggu ni pun aku tak balikkkk. Mesti korang ingat aku cam lebih sebulan tak tengok muka mak kan haha tak. Tapi entah aku tak tahan. Aku nak mama. Nak babah. Nak Abdul.

Salah aku juga. Kelmarin aku telefon babah, aku cakap aku nak balik. Tiba2 mulut aku terbabas cakap yang aku ada kuiz matematik isnin ni. Terus ayah aku flash red light. Tanpa segan silu dan tanpa berlapik dia tak benarkan aku balik. Dia kata kat rumah aku tidur pastu sedar tak sedar dah kena balik cfs. Ada benarnya juga.

Semalam acara kemuncak Rafest bermula. Rafest itu Raudhah Festival, setahu aku diadakan setiap tahun. Kiranya 22-24hb ni masa yang orang paling tunggu2 la, sebab ada jualan gerai, pameran etc. Perasmian dari minggu lepas lagi dah buat. 

Guess what folks? Cafe semua ditutup jadi untuk mengisi perut, anda harus berjalan bermeter-meter (sampai satu kilometer aku rasa. RASALA aku bukan arif sangat bab2 jarak ni) untuk ke padang demi sesuap nasi. Silap. Bukan sesuap nasi. 

Tapi sesuap tortilla.
Nugget.
Spag bog.
Burger. (sejuk) 

Kau bayangkan perasaan kami. Nasi ada, tapi nak beratur fuuhhh. Memang orang Malaysia ni tak boleh berenggang dengan nasi. Tengahari tadi hajat nak makan nasi ayam berempah terpaksa dibatalkan. Nasi belum siap. Ayam dan kuah ada ah. Nak. Ada lagi masalah. Harga kemainnn. Aku yang bertaraf sederhana ni pun mencebik tengok harga makanan. Apatah lagi yang kurang bernasib baik financially. Yang lagi rendah daripada kurang bernasib baik pun ada aku percaya. Diorang makan apa? Argh makes me sad just thinking about it. Jadi kalau bukak je FB tadi memang penuhla post pasal tak puas hati itu ini pasal Rafest. 80% daripada mereka memang mengutarakan rasa tak puas hati tentang penutupan kafe dan variasi makanan yang dijual sebab tak variasi langsung. Ramai cakap pelajar harus diberi pilihan - makanan kafe atau festival. Janganla demi muffin polka dot dan berbagai lagi jenis makanan fancy kami tidak diberi hak untuk nasi. Itu yang ada fb tu yang dok complain. Yang ada lappy, ada internet access. Kau bayangkan yang takde semua tu. Bermakna yang lebih rendah dari itu. Makan roti sapu air liur sahaja gamaknya.

Itu je lah satu kekurangan festival ni yang aku rasa pihak CFS kena tengok balik lah. Fikirkan yang tiada. Yang kurang mampu. Selama tiga hari harus ikat perut! Meh aku ulang lagi sekali: Kalau jenis makanan yang dijual di kafe dengan harga sebegitu ada di Festival, kami tak bising! Biarlah makanan fancy tu dijadikan sampingan. Mahu untungkan gerai? Mak bapak mereka tak pernah untung dari segi kewangan, janganlah kau fikir perut kau sahaja. 

Aku beli baju haha. Dan buku hahaha. Duit aku dah takde ni hahahahaha. Minggu lepas aku beli buku juga. Aku ada tujuh buku yang dibeli bulan ni yang belum berapa disentuh. Sebab kalau aku dah bukak memang susah nak letak. Kang ke mana studies aku. Tiga buku Stephen King yang aku beli masa book fair, dua aku beli kat Kino: In Praise of Hatred dan American Dervish serta dua lagi hari ni - A World Without Islam dan A Stolen Life. Dah lama nak baca dua2 ni sebenarnya. Nanti aku dah habis baca aku buat review. Sekarang kerja aku adalah dok pandang buku2 tu, rasa macam nak baca je.

OK SEBENARNYA AKU DAH BACA DUA DARIPADA BUKU S. KING NGAN AMERICAN DERVISHHH OK I FEEL SO BAD BOUT MYSELF. DO YOU SEE MY PAIN. NI PUN AKU DOK JELING2 BUKU A STOLEN LIFE TU GRRR UGGHH.

Jihad. Jihad lawan nafsu. Mesti lagi manis kalau aku baca buku2 tu lepas mid sem exam nanti. As a reward to myself. Yes. Sabarlah wahai hati. 

PS: hari ni patutnya jumpa kawan tapi... tapi.
 

No comments: