Saturday, June 9, 2012

CFS IIUM

Salam.

After surviving one week at CFS PJ, hopkosss I will blog about it. Watchu tink, I'm just gonna keep the experience to myself? Anda silap, mehehe.

Perjalanan bermula pada pagi Ahad yang hening. 3 jun 2012. Alhamdulillah, proses pendaftaran berjalan lancar. Yang tak berapa nak lancar bila mak aku start :'( sebab dia teringat arwah atuk aku bawa dia ke CFS atau lebih dikenali sebagai Pusat Matrikulasi UIA pada masa tu. The very same place. Cuma nama je dah bertukar. Dan kelancaran hari tersebut juga terbantut bila aku pulak yang :'( masa mak ayah adik dan balik. Pergh the feeling.

The first few days I felt like I was just simply camping. Macam pergi kem. Lagi dua tiga hari balik ah. Tapi start hari keempat camtu aku dah menerima sikit. Sebenarnya aku suka berdikari dekat situ. Rasa cam diri ni penting dan berguna. Bukan kat rumah aku rasa cam orang tak guna, tapi dekat sini, I am my own boss. Macam pagi tu jangan harap roommate nak kejut. Mereka hanya akan kejut kalau ada kebakaran/amukan berlaku dalam mahallah. Itu pun Allahu'alam. Tah2 dorang lari selamatkan diri je. Tapi aku tau ada sesetengah, dan sesetengah ni bilangannya sangatlah sedikit yang akan mengejutkan kawan dia solat subuh segala. Tapi majoriti memang tak aku rasa. Mungkin sebab dia tak nak kacau kawan, dia anggap kawan dia uzur, etc. Pastu basuh kain, makan, ahhh semua la. Memang kena cari sendiri.

Minggu ni baru Ta'aruf week. So aktiviti kami sangatlah packed, dari pagi sampai ke malam. Tu yang kena makan malam sebelum pukul 6.30pm. Aku mana biasa telan nasi pepetang tuuu. So memang balik bilik malam tu makan roti/milo/nesvita.

Ta'aruf week was awesome! Sebenarnya yang awesome cultural night ngan Welcoming and Bai'ah ceremony je tapi memandangkan yang dua tu best dan adala dua tiga kerat program ta'aruf tu best, jadi aku bolehla simpulkan yang Ta'aruf tu best. lol.

Welcoming and Bai'ah ceremony and the cultural night was awesome pergh pergh pergh ada benda terbang ada posmen ada lakonan ada persembahan multimedia yang sangat best dan mengharukan ada beatboxing sambil bernasyid ada abang drummer pandai gila main dram ada abang nasyid suara best ada hos kelakar ada flashmob ada arghhh I should've recorded the whole thing! Tapi yang aku rakam benda terbang tu je. Ala ada la something like, not to say rocket tapi something la, macam jet, kecik je la, dia terbang, hover over all of us, pastu landing atas cam satu benda pastu dalam tu ada oath kitaorang, tapi sebenarnya silap, tapi tu lakonan je, tetiba posmen naik motor vroom vroom dari belakang datang bawak oath tu sebab kononnya tadi masa dia tunjuk sketsa melalui persembahan multimedia orang yang bawak oath tu terlanggar posmen, jatuh, so tertukar surat.

Boleh je aku explain dengan lebih baik dan sempurna sesuai dengan gelaran aku sebagai pelajar lepasan SPM tapi well~ *stretch arms and yawn*

Aku harap aku mampu bertahan. Yes yes yes I know I can. I can can can.

InshaAllah.

Roomies aku best Alhamdulillah.

No, I haven't found anyone I can bond with yet. That's all I can say.

pembetulan: zaman mak aku belum lagi Pusat Matrikulasi UIA tapi memang main campus UIA di tapak CFS yang sekarang. Asif semua.