Wednesday, May 30, 2012

The Malaysian Cherry Red Centipede

Assalamualaikum.

Sebelum saya mulakan bicara nurani hari ini,







This, ladies and gentlemen, is the Malaysian cherry red centipede.

Apa yang aku nak ceritakan sekarang ialah pengalaman aku menghempuk sampai mati seekor lipan yang baru je aku tau rupanya adalah dari spesis MCRC. Lipan tu nak masuk rumah kitaorang. Obviously. Kalau tidak takde masa aku nak membunuh. Aku datang dekat pun tak hingin.

Masa tu kat rumah tinggal aku ngan mak aku. Ayah kerja, adik sekolah. Pagi tu mak aku nak sidai kain ke apa, dia nampak lipan tu tersadai dekat dengan pagar. Kepala menghala arah pintu rumah. Apa lagi, mak aku panggil la aku suruh bunuh. Panjang lipan tu lebih kurang - aku rasa dalam 20 lebih cm. Gila panjang okkk.

Course of action pertama - amik penyapu, ketuk. Harap dengan satu pukulan boleh mati la. (ha. ha. ha.) Jadi aku pun mengetuk sekuat hati. Tak kena. Mana nak kena, masa ketuk tutup mata. Lipan tu yang ternyata terkejut ngan bunyi kelekuk dekat2 ngan dia terus mula mengorak langkah - jap aku dah seriau. Kau bayangkan lipan yang macam kat atas ni. Dengan panjang dia. Dengan merah dia. Dengan sesungut dia. Bergerak gila bapak laju 110km/j. Haha. The point is memang lajuuuuu aku terjerit-jerit terlompat-lompat. Pastu dia berhenti. Aku cuba mengetuk lagi sekali lepas round2 dia dari jarak semeter. Papp. Kena bahagian abdomen lebih kurang.

PENYAPU TU TERBELAH DUA WAHAI KENGKAWAN. Tapi badan dia ada retak sikit. Exoskeleton berkualiti tinggi nampaknya. Bergerak lagi sekali, kali ni gila laju. Sesungut/penyengat dia ha amek kau. Terbukak tertutup cari mangsa. Kau bayangkan diri kau kat tempat aku. Gila.

Dia berhenti. Aku dah kekosongan idea. Nak amik penyapu yang dah patah tu boleh je, tapi penyapu tu dah tak panjang cam dulu jadi aku tak nakla pakai benda pendek ketuk dia. Karang dia naik kang cepat je sampai kat tangan aku. Ya Allah. Brrrr.

Tetiba tah mana datang idea amik beskal pastu golekkan tayar tu atas dia. Buat style accident la ni. Hit and run la gitu. Puih. Gila kelakar dah lama tak naik basikal tetiba menggila naik basikal langgar lipan. Aku buat calculation rasanya berat aku ngan berat beskal tu mampula nak bunuh dia. Sori naik lori.

Tak jalann. Dia yang berjalan dengan makin laju dan marah ada ah. Porch aku macam kena puting beliung. Penyapu bersepah, basikal tersadai kat tengah-tengah. Hanya kerana seekor lipan. Takde choice. Aku amik balik penyapu yang tinggal setengah tu, ketuk lagi. Ok. Part ni agak... sedih. Dia hancur. Tapi dia nak bergerak jugak. tapi takleh sebab setengah badan dia dah hancur. Aku ketuk lagi. Aim aku adalah nak matikan dia secepat mungkin. Aku pun tak sanggup tengok dia menggeletik macam tu.

Its chitin - whatever you call it - the outer shell - flew everywhere. And the smell. Oh God, the smell.

Penah main usik ulat bulu tak? Yang hitam tu. Kita usik sikit pakai ranting nanti dia bulatkan diri dia. Comel. Tapi lama2 ko usik dia keluarkan bau. Bau tengik tu. Ha camtula bau kat lipan ni. Aku dengan nak nangis terpaksa sambung ketuk. Bila rasa cam dia dah takde nyawa baru aku tolak keluar masuk longkang.

Masa nak masuk rumah tu mak aku cakap

"Mama tak sanggup nak bagitau tadi, tapi mama tak sangka kamu boleh terfikir nak pakai basikal. Kalau dia panjat basikal tu naik kaki kamu pastu - "

Teeettttttttttttttt

4 comments:

Hanis said...

HAHAHAHA tergelak bahak-bahak baca ngan nono xDDD kemain ambik basikal golek golek @___@ tapi kalau benda tu naik atas kaki...... memang tak lah kan .___.

Shafiqah Omar said...

hahaha memang time tu tak terpikir apa dah. Agak ah wei. mampusss T__T

akuamir said...

ya ALLAH bahayanyaa piqaaahh,,, selamat kau ,, tapi bunuh ketuk banyak banyak tak bergaya okey,haha

Shafiqah Omar said...

xD gila tak bahaya... bahaha aku takde modal lain tsktsk