Wednesday, February 22, 2012

"Belum sampai seru lagi"

Assalamualaikum! Apa khabar semuaaaa? Sihaaat? Hihih *krik...krik..

Aku tak sihat :( Batuk teruk, hari ni amik sick leave. Mari ramai2 ucap 'syafakallah' kat aku. Terima kasihhh :D *krik...krik...

Post aku pada hari ini di-inspire oleh seorang hamba Allah di Twitter. Bercakap sal Twitter, ye - aku reactivate account aku. Tapi aku lock. Pastu aku tak letak link blog ni dekat situ. Eh entahlah, aku rasa cam tahpape je exposekan akaun aku camtu je. Tak perlulah. Nanti terjadi lagi kes stranger salah faham. I don't want that to repeat itself! Cukupla sekali sahaja, aku dah cukup fobia.

Biasanya en - kalau artis2 diajukan soalan: "tak pernah terfikir nak pakai tudung ke?" maksudnya, "tak pernah terfikir nak tutup aurat dengan sempurna ke?" biasanya si artis akan jawab: "InshaAllah kalau diberi hidayah, mungkin satu hari nanti saya akan bertudung," ataupun, "Belum sampai seru lagi, InshaAllah, mungkin dalam masa terdekat ni,"

Aku kalau baca dorang atau sesiapa pun yang cakap camni, mesti aku senyum sorang2. Kelakar jawapan dorang. Aurat tu kau punya ke, sesuka hati kau je bila2 masa nak tutup? Kalau nak tunggu 'sampai seru' tu sampai bila sebenarnya? Kalau sampai mampus tak sampai seru sampai bila2 la kau tak tutup aurat, macam tu?

Ridiculous kan?

Aurat itu milik Allah. Satu badan kau, FYI satu galaksi ni Allah yang punya. Jadi laksanakanlah suruhanNYA untuk menutup apa yang merupakan milikNYA.

Nak dengar cerita aku? Kalau rajin read on.

Suatu hari pada tahun 2009 (aku tingkatan 3 masa tu) masa tengah bersiap nak keluar makan, ayah aku cakap, "Shafiqah, wear a tudung," Aku dengar je ayah aku cakap macam tu, aku terkejut gila. Tiba2 je. Selama ni isu tutup aurat tak pernah timbul pun antara aku ngan ayah aku. Aku ngan mak aku dah sepakat, bila aku baligh je, aku akan terus tutup mana yang patut. Tapi masa tu aku belum baligh.

Dan aku tak nak, tak hingin nak pakai tudung. Tak pernah2 ada orang ajar aku macam mana nak pakai, tudung sendiri pun tak ada, tiba2 kena pakai. Muka aku masam gila, tapi apakan daya - aku pakai aje. Malam tu aku marah dan sangat tak puas hati. Aku bagitau ayah aku pasal persetujuan aku dengan mak aku, tapi jawapan ayah aku simple: "Tak pakai tudung, jangan keluar dengan babah,"

Fuaahh. Masa tu aku rebel gila. Time nak keluar je confirm muka aku tegang. Bila aku pandang diri aku pakai tudung kat cermin, macam2 aku cakap. Tak lawa la. Tudung tak betul la. Tak biasa la.

Tapi lama2, bila aku dah makin selesa dengan kain empat segi atas kepala tu, aku diam aje. Mula la aku rasa diri ni 'telanjang' kalau keluar tak tutup aurat. Alhamdulillah, lama2 takde apa pun. Lama2 aku paham 'the bigger picture'.

Aku berterima kasih kat Allah, kurniakan aku dengan ayah yang bijak. Bayangkan kalau masa form 4 yang aku baligh tu, terus aku kena pakai tudung. Sure aku tak biasa. Sure aku akan cakap, "Ahh hold on lah dulu, takkanla drastik gila tetiba nak pakai tudung,". Aku 70% sure aku akan berfikir macam tu. Ayah aku dah ajar aku satu pengajaran yang sangat penting: Takde istilah 'sampai seru untuk tutup aurat' dalam dunia ni. Setiap perkara yang harus dilakukan, kalau tak didorong, maknanya sampai bila2 pun takkan jadi.

Itu la dia kisah aku. Kau ingat aku pakai sebab terasa nak pakai ke? Haha tidak sama sekali. Aku boleh katakan aku dipaksa oleh ayah aku dan aku sangat tak suka dengan headgear masa tu. Yes. That's what happened.

Lagi satu yang aku menyampah - bila orang cakap - "Pakai tudung, tapi mencarut."

Weh kamu semua. Tudung tu macam sebuah mesin ke? Kalau pakai je terus si pemakai jadi suci, holy, sin-free, macam tu? Dosa apa pun yang dia dah buat, sekurang-kurangnya dia laksanakan salah satu daripada perintah Allah dengan jayanya. Dia tutup aurat. Kau apa cerita?

Tolong ubah mindset ok. Sebab dengan mindset macam ni la en, sorry to say - bangsa kita ni takkan ke mana la.

Apa yang baik dalam post ni datang daripada Allah, yang buruk tu khilaf aku sendiri. Aku pun tak sempurna, tapi sama2 la kita mengajak ke arah kebaikan.

4 comments:

Keretapi said...

awak lambat gila kena period, so in some ways you are actually lucky. kita sangat sangat sangat awal... ok takde laki bace kan? fine. kte kena masa 10 tahun. u kidding? for a year i kept it a secret. ingat senang ke buat2 bodoh pasal period masa orang lain mmg bodoh taktau pape pasal tu. even orang kena darjah 5 pun orang kata cepat, apetah lagi kte. tapi bila orang kena period kte pulak pandai menasihat... so last2 kte mengaku jela kte dah kena lama. hoho. i was a big girl, size sekarang time tu kira besarla, so sebab tu kot.

mak kte pun jenis tak paksa, which was good sebab kte jenis rebel. rasa best ada mak yang kte tau cool, so kte nak jadi baik, lolol. kte takdela pakai tudung selama setahun rasanya. darjah 5, 6 kte pakai kat sekolah, masa raya, gi rumah sedara ke. betul2 pakai form 1. i wasn't emotionally ready, it was a big transformation kot! terutama sebab kte dah period, so kte kena buat semua benda cepat2 padahal kte rasa kte kecik lagi.

tapi sbb transformation tu slow2, so kte senang terima la. the only time kte menyampah taknak paka tudung masa time start pakai betul2 form 1 tu, abang kte yg kte mmg ada issue dengan dia (seriously no other siblings ada issue camni) dia cam kata bagusla pakai. mmgla ape dia cakap tu betul, tp kte kan ada issue ngn dia, plus i'm a rebel, so kte cam nak tunjuk kte takkan buat apa dia suka. so adela sekali dua gi kedai mamak or giant tak pakai tudung. bila dia tanya "eh tak pakai tudung?" kte rasa yeaaay aku tak ikut cakap kau padan muka. hahahah bodoh gila.



and i agree with everything. terutama kalau orang cakap "perangai camtu, buat itu ini, baik takyah pakai tudung"

wth? pakai tudung kan wajib. suka hati dia la nak buat apa pun, itu dia punya pasal. at least dia tak dapat dosa dedah rambut wpun mungkin tak tutup aurat sepenuhnya.



masalah orang kte ni.




kte taktau kenapa kte suka komen panjang2. sekian.

shafiqah omar said...

hai ama. hahahah tak kisah pun. commentla panjang2, takdela bising sangat cengkerik kat blog kita ni T.T

anyway, yeah no doubt. you got it quite early. tapi, kita selalu terfikir - kalau budak tu dapat awal2, time still main batu seremban, still innocent nak mampus - dah dikira cam - mumaiz ke? kena tanya orang yang berpengetahuan. the real concept of baligh tu falls entirely on when we get mens ke when... idk. I've always wanted to ask someone that question, tapi kita tak nak tanya ayah kita. malu la. dan awkward. inshaAllah one day kalau kita jumpa sesiapa yang tau.

hahaha kesian abang awk. but i totally get it. dulu kita masyaAllah, rebellious gila doh. time2 darjah enam - form three. tapi lepas tu tone down sikit. sekarang boleh katakan kurang sangatla. tapi still ada.

kan? paling tak tahan. kita pernah je nampak perempuan tutup aurat tapi bercumbu-cumbu. kita geli gila tapi kita try sangat2 tak kaitkan tudung dia dengan attitude dia. her attitude sucks but i won't come up with a statement like, "baik takyah pakai tudung," etc.

haha thanks ama :')

Hanis said...

EH takde button like eh? Setuju 100% tentang entry nee. Betul lah k.piqah, nak biasakan diri tu mmg susah tapi kalau dah terbiasa outing dengan menutup kepala, memang bagi mereka hang out dengan tiada kepala di tudung tu dah mcm 'telanjang' kan?

One more thing. Yang pakai tudung tu usahakan sampai tutup dada and tak nampak telinga and tak jarang. Sebab dalam Al-Quran pun pernah cakap untuk labuhkan hijab hngga ke paras dada.

Lagi lagi..... Jangan nampakkan 'the unta punya bonggol', pun ada dalam Al-Quran. Selain faktor akan menaikkan nafsu lelaki yang seakan-akan rambut kita nee panjang (ada yang betul, ada yang palsu, 10 hinggit punya), faktor akan membuatkan tudung pendek pun hado jugak kan? I mean secara tak langsung tudung akan terangkat kalau bonggol besar gedabak.

Ye, second and third paragraph tak boleh berubah secara drastik. But seperti yang k.piqah kata tadi, kalau tak didorong, mana nak dapat hasil yang baik en. And yang paling penting, hati mesti ikhlas dan jujur untuk bertudung. Nawaitu tu PENTING BANGET.

Yang benar,
HANIS (takde pilihan tulisan berangkai lah pulak ==)
Hanis Zalikha (ayat kedua tu tipuu)

shafiqah omar said...

hanis: hihihi takde button like la. haha yes that's right. seriously kalau pakai tudung berlengan pendek/ tak tutup dada pun - defeats the purpose. Dulu kpiqah suka sengseng lengan (malaysia panas woo) tapi sekarang Alhamdulillah, tak buat dah keje2 camtu HAHA. Constantly changing myself en, this is the least I can do. yang pasal bonggol unta tu no komen. memang tak penah setuju pun yg ikat tinggi2 ni. cam nenek kebayan. hamekau haha.

yes, you're right. Bila kita dah didorong, gradually niat kita tu akan betul dengan sendiri. InshaAllah. Antara lambat atau cepat je. HAHA perasan, takyah nak hanis zalikha sangat :P