Saturday, December 31, 2011

Jalan yang benar

Hari-hari kita solat en. Dalam solat wajib baca Al-Fatihah. Dan dalam surah Al-Fatihah tu ada ayat yang mengatakan tentang sirat Al-Mustaqim atau jalan yang lurus/benar. Dalam surah tu kita mohon pada Allah SWT supaya tunjukkan kita pada jalan yang benar.

I'll just be straight la eh. My father is trying to change the way I dress. Before I go on, let me tell you how I dress. Baju labuh melepasi punggung. Wajib. Jeans. Tudung. I'm simple like that, and I'll stay that way. Tapi ayah aku - katanya - Seorang wanita yang mahu dihormati dan disegani tak elok pakai seluar. Senang cerita, seluar itu bukan dicipta untuk wanita. Wanita tak patut pakai seluar.

Ayah aku cuba cakap kat aku dengan cara yang baik - aku tolak mentah2 awalnya. Pada aku kalau baju dah labuh, takde masalah nak pakai seluar. Tapi pada dia - labuh mana pun -  tak kira la - (banyaknya sengkang haha sabarrr) trousers/jeans aren't meant for girls.

I was like. "Fine. Fine. I'll change, I'll wear a maxi dress/jubah/blouse and skirt when I'm with you," Tapi dalam hati aku, "Kalau keluar jalan dengan mama and lepas aku dah keluar daripada rumah ni, aku akan pakai balik apa yang aku selalu pakai, sebab aku selesa dengan cara tu. Aku tak suka pakai skirt and some jubah wotsit. Period."

Tapi tadi masa aku berjalan dengan mak aku, dengan baju + cardigan + jeans aku - aku berselisih bahu dengan sorang perempuan ni.

Umur dia lebih kurang baya aku. Dia pakai jubah penuh dengan tudung simple je. Tapi muka dia - mashaAllah bercahaya. Bukan nak kata cantik, but, there's like light gleaming off her face. Nampak berseri-seri.

Dan bila aku lalu sebelah dia dengan jeans aku yang agak ketat sampai nampak SIKIT susuk kaki aku tu - aku rasa malu yang amat sangat. Macam aku tak layak jalan sebelah dia.

Dia nampak terhormat dan presentable sangat, and aku nampak macam... budak biasa + selekeh sebelah dia.

Aku tak kata kejadian petang tadi membuatkan aku nak terus berubah. Aku pun manusia. Proses perubahan tu perlukan masa. Tapi aku percaya, insiden tadi tu salah satu daripada beribu petunjuk yang Allah SWT nak bagi dekat aku.

Wallahualam.

8 comments:

Puteri Sabrina said...

Betu lah Kak Piqah. Kekadang tu, kita terasa bila jalan sebelah orang yang betul betul jaga pemakaian diorang kan. :))

amrh.anth said...

kak mirah tahu perasaan tu..kak mirah selalu rasa mcmtu..tapi seriously..it takes time..and when the time come..pqah kne kuat..sebab..trust me..dugaan dia tetap ada..heee..pray for me too..

Keretapi said...

wowww. go shafiqah!

kita pun sejuk hati je tengok orang yang pakai simple, yang memang taknak impress sesapa. like jubah ke apa ke.


kte suka pakai baju kurung better than seluar, but you know peliklah pulak kan pergi mall macam pergi kenduri. mmg lagi selesa berkain, langkah macamana pun boleh sebab orang tak nampak. orang lain kata pakai kain ni tak selesa, tak bebas, tapi kita rasa pakai kain tu lah yang freedom sebenarnya.


cuma nak buat tu macam... entahlah terbuat ke tak. baju labuh2 tu no hal la kan, lagi selesa sebab tak tertonjol segala asset yang ada (takde laki bace blog awak kan? har ar), tapi kalau pakai skirt or kain semata-mata cam... aish susahnya.


pape pun good luck :)

shafiqah omar said...

putput: yep. :|

kamira: you're right.. isnhaAllah. But it's a matter of choice actually. Nak berubah sekarang pun boleh snanye. antara nak ngan tak nak je.

keretapi: that's exactly what i was thinking memula. Takkanla pergi Giant pakai jubah/maxi dress. Tapi boleh je pakai blouse ngan skirt like my mom. Nak memulakan first step tu yang cam tak nak. sebab kita dah biasa sangat pakai jeans. And dayummm I love mah jeans! Kalau boleh nak tambah2 biar penuh satu almari. Thanks Ama. Doakan yang terbaik untuk kita.

Awan Bijan said...

Kat sekolah kita pernah masa bulan ramadhan ada satu minggu terakhir kitaorang dibenarkan pakai jubah. masa tu terbuka gila hati kita untuk pakai jubah dan bertudung labuh. Ada ssatu time tu kita pinjam tudung adik dorm kita sebab tudung kita menghilang. tudung dia agak labuh tapi kita rasa biasa je sebab kita rasa sangat selesa dan mata kita tak terbuka pun untuk check labuh sangat ke apa. kta sangat selesa sampai lupa tudung tu sebenarnya labuh. sampai sekolah tibe tibe,

'Apesal ko pakai tudung lbuh?' 'amboi labuhnya tuduh' 'ala nawa dah berubah' 'wush ustazah nawa'

dan plg skt hati,,

'asal awak pakai tdg labuh? sengaja ke?''x sesuai ah ko pakai tudung ni'

ingat org nak cri publisti murahan ke nak pakai tdg labuh? kt yg dr terbuka hati nak pkai tdg eru terbantut.. dan kt ckp 'x. tdg kt hlg. kt bkn sengaja nk cr famous pakai tdg ni. kt xde tdg dan ini je jlnnya. lbh baik lps ni awk nmpk seseorg tu pakai dr x elok ke elok awk bersyukur je dan doakan dia teruskan kehidupan die mcm tu ataupun doa suapaya someday die akan terbuka hti ntuk pakai mc tu drpd awk komen membuta tuli selamba badak ckp x sesuai dan selamba je ckp kt sengaja pakai tdg ni, membantutkan seseorang tu pkai tdg labuh je. sesetgh org x boleh ditergu lgi2 org mcm kt, once awk tegur hati kt mati terus. baik awk lbh berhati hati.'

tett. masih segar dlm ingatan.

shafiqah omar said...

hai nawa. masa bulan ramadhan pun kat sekolah kita ada sorang kawan kita ni pakai tudung labuh. Kita nampak dia je kita rasa malu, hihi sebab kita takde ubah apa pun. Dia drastik gila, kita bersyukur sangat dapat kawan cam dia. So nampak je dia kita terus cam, "Alhamdullilah... kita bila la pulak kan"

Kita rasa kalo ada mulut2 orang yang cakap benda tak sedap didengar pasal perubahan diri kita, jangan layan sangat. sebab kita berubah ke arah kebaikan kan. So don't let anything make you change to the old you. Teruskan apa yang awak dah buat tu, lama2 nanti dorang akan malu gak dengan diri sendiri. Memangla sakit hati, tapi nak buat camne en. mulut orang, kita takleh nak kawal.

papepun kita doakan the best for you nawa. :)

amrh.anth said...

Bkn nak dgn xnk... Konsisten atau x..the main argument...semua boleh berubah syg..tapi nak mngekalkan itu yg nnt akan jd satu cabaran.. Heee iman yg penting..

shafiqah omar said...

betul gak :) thanks