Thursday, November 25, 2010

The Kite Runner

The Kite Runner ni buku pertama yang ditulis Khaled Hosseini. Nama tu dah beribu kali aku sebut pada mak aku, ayah aku, adik aku. Sebab sekarang ni Khaled Hosseini dah jadi penulis buku yang aku angkat sebagai antara penulis buku yang terbaik pernah aku jumpa. 




Tu dia Khaled Hosseini. Aku tak minat sangat dengan kehidupan peribadi dia, tapi aku sangat meminati bakat dia dalam menulis buku yang mampu membuatkan aku menangis bergelen-gelen. Kawan aku, Zawani Zaid - may God bless her yang memperkenalkan aku kepada buku dia yang kedua, A Thousand Splendid  Suns. Suns ya bukan Sons. Zawani hadiahkan buku tu untuk birthday aku tahun lepas dan aku terus baca buku tu. Oh kejap, aku tak terus baca. Mak aku suruh tunggu sampai cuti sekolah dan dia simpan buku tu dalam almari dia. Nak tau kenapa? HAHA. Sebab kalau aku dah ada buku dalam tangan, aku takkan lepaskan buku tu. Aku takkan pegang kerja sekolah, aku takkan pandang muka siapa2. Aku akan berjaga sampai pukul 2am semata-mata nak habiskan buku tu - and my parents do not like that fact. Tu sebabnya buku cerita hanya dipermitkan pada aku pada musim cuti sekolah. Haih nasib badan.

Aku rasa ada dalam post lama2 satu post pasal A thousand Splendid Suns ni. Dan juga lagi satu post pasal buku Sophie Kinsella, Can you keep a Secret? Dua2 tahun lepas dan dua buah buku tu antara buku kegemaran aku. Can you keep a Secret? tu memang kelakar gila baby, boleh kata setiap page tu aku gelak tak henti.

Dan A thousand Splendid Suns pula sedih gila baby, sampai aku tidur, mandi, makan aku asyik teringat kisah dalam buku tu. Sangat menyayat hati, sila scroll post2 tahun lepas. ;(

Sekarang ni aku dah mula drama air mata balik dengan 'The Kite Runner'. Aku tak tau mana satu lagi best, yang ni atau A thousand Splendid Suns. Dalam buku ATSS tu, aku kesian kat Maryam. Dan dalam The Kite Runner, aku kesian pada Hassan. Sampai je part diaorang mesti aku menangis, sampai adik aku pun geleng2 kepala. Aku sanggup tak makan sebab tak nak tinggalkan buku The Kite Runner ni, tapi bila dah sampai akhir2 aku menyesal sebab cepat sangat aku habiskan. Jadi sekarang ni aku berhenti dulu, baru sampai part Amir balik Afghanistan sebab nak cari anak Hassan.

Haha, memang tak faham kalau tak baca. Tu sebab korang kena baca. Kawan2 aku ada yang dah baca kot, sebab aku nampak buku tu dibawa ke hulu ke hilir amalina rahman.

Ada tak Khaled Hosseini tulis buku baru? Sebab kalau ada aku la orang pertama yang akan berlari ke kedai buku dan tampar muka cashier suruh bagi buku tu cepatt.

Kalau bercakap pasal fiksyen, aku suka fiksyen di manat latarnya adalah dunia realiti. Tu sebab aku tak layan Harry Potter. Jangan marah amalina rahman, kita semua berbeza! Aku mengaku aku memang layan Twilight Saga, tapi aku tak beli pun Breaking Dawn, buku terakhir dalam siri tu; nak tau kenapa? Sebab aku dah bosan baca. Aku ambik buku Breaking Dawn kawan aku lepas tu baca halaman terakhir. Ok Bella dengan Edward bersama, Bella jadi vampire. Sheesh big deal. Aku tak percaya aku boleh berfantasi pasal Edwad Cullen, padahal dia. tak. wujud. Sekurang-kurangnya kalau aku baca buku yang bukan bersifat fantasi, aku boleh bayangkan orang tu. Dan aku boleh kata pada diri sendiri, 'besar sok aku nak kahwin dengan orang macam ni' atau 'aku nak cari kawan yang macam ni'. Betul? Fine, salah. Pendapat masing2 kan. :)

Buku2 yang Khaled Hosseini tulis banyak memberikan aku pengajaran. Aku belajar bersyukur. Latar tempat dua2 buah buku dia di Afghanistan. Kawasan perang, perempuan tak diberikan hak untuk belajar, budak2 takde mak bapak mengemis tepi jalan etc. Padahal Afghanistan tu sebenarnya sebuah negara yang gila aman dan advance sebelum masalah2 ni timbul. Ni yang tak tahan ni, nak menangis lagi isk ;(

Jadi kalau korang banyak merungut padahal tv depan mata, handphone di tangan, earphone dalam telinga, laptop atas peha - bacala A thousand Splendid Suns dengan The Kite Runner. Kalau tak bersykur jugak aku tak taula nak cakap apa.

PS: Cepat pergi beli ! Kalau kedai buku tu takde stok tampar muka cashier tu. Manager dia sekali. Tampar kuat2 dan jerit, "BUKU HEBAT MACAM TU PUN TAK JUAL?!"

Sekian.

8 comments:

khairul farhan said...

Budak a-level study TKR untuk literature kitaorang. Best dan seronok kalau study history and social context Hosseini untuk Iraqi war.

shafiqah omar said...

bagus ! yes true, banyak fakta dalam buku tu.

i'm so proud of dak2 a-level. :D

bagus lagi!

khairul farhan said...

Yup. Hossseini buat buku ni as reflection to 9/11. Walaupun background author tu agak liberal, tapi buku ni banyak sedarkan american pasal muslim tu sendiri. tak hairan la dapat NY times no.1 bestseller.

Dah tengok filem dia? Tak berbaloi. The film doesn't do justice to the book

Keretapi said...

KITE RUNNER BUAT MATAKU BENGKAK BEBERAPA HARI DAN HATIKU PILU BEBERAPA MINGGU.



okay as an HP NERD i feel i am responsible to make it make sense to you. (takyah baca pun takpe ahaha)


if you ignore all the magical things in Harry Potter, i believe you will get a fairly real story, a humorous and mostly, a devastating one. sebab dia pasal death death death seriously asek menanges je baca. dan gelak. lepastu menangis lagi.

and i feel its still real sbb cerita ni refleks JK rowling punya childhood, how she didnt have a father figure and her mother died early, something harry pun rasa. cuma nak bagi best and menakjubkan sikit, so dia masukkan hocus pocus semua. and it is so good the magic feels real.

you know, i always want to be Hermione Granger. she's so real, but as real as she can be, its so hard for us to be her. she has brain, beauty, bravery, a good heart, passion, ambition, loyal bestfriends, and one of them ended up marrying her which is what i always want heheh.

and i can relate, macam how harry lost his parents, how he faced the deaths of everyone he loved and everyone who cared about him, how he handled his first crush, to ask the girl to a dance, how he was betrayed, how no one believed him and everyone called him a liar, how he has to choose between what is right and the easy way out.

and ron, how he was always the second best to everything, always overshadowed by his brother and his friends, although he was always so afraid of everyting and he wasnt the most skilled or something, but he was brave enough to face the risk.

and hermione who was hurt by a boy who took so long to realise that she's a girl, when he prefered another girl rather than her, and took so long to understand (THE SEVENTH BOOK FINALLY SERIOUSLY?). and i perfectly understand Hermione's fear of doing something wrong, and not getting an outstanding result.

you know, much more normal stuffs that can happen to us. and none of them is magical.


KENA KOPIPES INI COMMENT SKRG MASUK DLM BLOG DASAR HARRY POTTER FREAK.

NICK IRFAN said...

nnt nk try jgk la buku dia...

shafiqah omar said...

wow ama. lepas baca komen awak kita mungkin dah boleh menerima sikit. but, i still don't make those kind of books as my top choice when it comes to reading.

HP memang lain daripada buku fantasi lain, and i believe that is why HP popular, terlalu popular :) kita faham apa awak cakap bebeh.

nick: PERGILA BACA. SILA SILA. x)

cya:) said...

weiyh! weiyh! nk pnjam! nk pnjm! gimme gimme!

shafiqah omar said...

i give you i give you! i give you. hahhaa . bila nak jumpa wehh. rumah dekat2. camnila orang melayu. kata nak jumpa tak jumpa2. haishh xD