Sunday, August 22, 2010

Berhati-hati dengan gaya hidup anda...

Sebelum aku mula - aku nak bermukadimah sikit. Maklumlah dah lama dah tak jenguk belog, i mean BLOG ini! I miss you la blog. Titew dah lamew tak jumpew you taw, titew rindu dan kasih... OK. Rasanya cukuplah ye. aku pun geli guna ayat 'rempit' (seperti yang dikatakan kawan2 aku) banyak-banyak.

Aku rasa sekarang ni aku dah beralih kasih sebanyak tigo plo persen pada Facebook. Jahat punya Facebook. Kenapa kau best sangat? Kenapa bila mak aku buka je laptop, mesti aku meluru dan bukak kau dan cek notifications yang takdelah banyak sangat tu? Kenapa?! Tapi lepas dah lama-lama ada Facebook, keterujaan aku dah semakin menurun. Alhamdullilah. Aku tak nak jadi the so called Facebook-addict sebab aku tau dah RAMAI dah antara mereka yang ketagih Facebook, sehari tak bukak rasa macam setahun tak bukak. Jangan. Berhati-hatilah dengan Facebook.

Dan, berhati-hatilah dengan gaya hidup anda... :)

Aku baru je baca surat khabar. NST. Menurut NST, dah ramai dah remaja sekarang ke klinik dan hospital untuk mengurangkan tumbesaran payudara (bagi lelaki) dan mengurangkan rambut2 di badan (bagi perempuan). Nampaknya ada masalah hormon di situ, di mana perempuan kurang rambut di bahagian kepala tapi lebih lebat di bahagian lain, dan lelaki pula mengalami masalah tumbesaran payudara. Sangat kelakar.

Nak tau sebabnya?

Pertama sekali, makan makanan yang tak sihat dan menggunakan plastik seperti plastik botol dan plastik yang orang biasa letak kuah-kuah atau lauk lain (bungkus lauk, etc). Bila makanan/cecair tu panas, menyebabkan plastik tu terurai dan larut perlahan-lahan dalam makanan tersebut. Ini akan memberikan masalah kepada hormon kita, tak kira lelaki atau perempuan.

Kedua, gaya hidup dasar pemalas, iaitu lepak depan TV 24/7 dan tak bersenam. Inilah dia masalah akhir zaman. Dan, ada pesakit masalah ni semuda 13 tahun! Bayangkan.

Aku agak risau dengan masalah ni kerana aku tak nak hidup dalam dunia di mana populasi lelakinya rata2 berpayudara besar, tolonglah. Dan perempuan pula berjalan-jalan sekali pandang macam mawas. Brrr mintak dijauhkan!
Aku kena pantau diri sendiri juga. Ini perkara serius!

Selain daripada keadaan fizikal yang tak elok, remaja yang mengamalkan gaya hidup tak sihat ni juga akan ada masalah kesihatan yang lain. Jadi marilah kita sama-sama elakkan makanan yang dibungkus dalam plastik, cuba kurangkan pengambilan makanan berbungkus dan banyakkan bersenam. Kita semua dah sedar keburukan plastik dan kebaikan bersenam, tapi masih banyak yang ambil ringan perkara macam ni.

Jadi tu sebabnya aku takutkan dan gemparkan dengan berita ni.

Jaga-jaga lelaki dan perempuan. Lelaki tak nak payudara besar dan perempuan - aku taulah. Who wants a hairy feature?

Salam. Stay safe.

5 comments:

shafiqah omar said...

tengah berdoa la ni. xD Sama2lah jaga lifestyle.

khairul farhan said...

haha..lagi satu jangan lupa susu yang kita minum time kecik2 pun rata2 sekarang ini dipenuhi dengan hormon..so..beware of that

shafiqah omar said...

susu pun?! hmph memacam dah sekarang. senang cerita terus perah daripada lembu, terus minum. takdela was2 sangat. thanks for the info :)

Keretapi said...

haah bak kate khairul farhan, awak ade bace pasal baby kat cina tumbuh tete. . . tumbuh breast?

gila kesian!

pastu boleh mandul juga kalau makan benda dalam plastik yg panas, something like that :\

shafiqah omar said...

ama, btol. tu lah, kita selalu bungkus makanan (tsk2) kerana ibu yang bekerja tiada masa unutk memasak selalunya.

takut la gak. tekad nak belajar masak sendiri - lagi selamat do.