Saturday, June 5, 2010

I told you everything was going to pass.

Ya, aku dah habis menjawab kesemua kertas2 periksa aku, dan cuti dua minggu pun dah bermula nampaknya. Aku rasa dalam dua minggu ni aku tak nak bergembira sangat, sebab aku baru je dikejutkan dengan berita yang sangat GEMPAK dan SEDIH semalam, jadi aku takkan lupa diri selama dua minggu ni. Aku nak tolong2 mak aku apa yang patut dalam rumah, siapkan kerja sekolah, buat latihan subjek2 yang aku lemah sebanyak mungkin.

Terus terangla untuk peperiksaan akhir tahun baru ni, aku tak PULUN (apehal banyak caps lock ni? pedulikan) banyak pun. Contohnya kalau Addmath hari Rabu, aku baru nak bukak buku hari Selasa. Dahla aku memang tak buat sangat latihan dalam buku kerja, aku siapkan kerja sekolah je. Mana nak BERJAYA? Mana nak ingat segala formula jalan kerja, kau ingat addmath tu tahap matematik darjah enam ke? (Jangan takut, aku memang suka marah diri sendiri).

Still, there's no use crying over spilt milk. Peperiksaan dah lepas, apa2 keputusan, nak tak nak - aku kena terima gak. ISK. ISKK. Konon tak bukak komputer dua minggu - ya memang betul, tapi sepatutnya aku paksa diri untuk belajar! Ini taak. Ya Allah.

Ok dah cukup pasal peperiksaan pertengahan tahun. Belajar daripada kesilapan. Orang yang buat silap tapi belajar daripada kesilapan tu takpe, daripada orang yang sentiasa buat silap dan tak pedulik untuk membetulkan kesilapan. *tunjuk jari kat muka sendiri*

Alhamdullilah, esei aku yang aku tulis awal tahun ni (dan aku dah lupa pun pasal tu) menang tempat ke-3 di Majlis Sambutan Hari Guru peringkat Negeri Selangor. Tajuk dia, Learn to Live. Aku betul2 nak kongsi esei tu dengan semua orang, tengoklah nanti kalau ada masa dan kemampuan, aku letak kat sini. Coach aku pun baru je kahwin minggu lepas, (SELAMAT PENGANTIN BARU, COACH RASHID!).

Sekarang ni pun aku tengah selesema, tapi semalam masa jawab Biology lagi teruk, laa. aa\ku sendiri pun geli tengok tisu2 yang betimbun macam bukit atas meja. bahaha. Aku mula sakit masa hari Khamis - Physics. Aku datang setengah hari je. Pukul 9.50 lebih kurang camtu, mak aku hantar pergi sekolah. Yang paling sedih, kawan2 rapat je yang perasan kemunculan aku secara tiba2. Yang lain? ahha, aku ada ke takde ke, tak kisah. Macam invisible la pulak. *wuu* Oh, atau mungkin diaorang sibuk sangat belajar physics, kann. Maklumlah, physics ni memang agak mencabar kalau nak dibandingkan dengan subjek lain.

Yeh, jom sama2 harap cuti dua minggu ni tak sia2, sebab kalau sia2, mungkin aku orang yang paling rugi kat muka bumi ni. (Rujuk surah Al-Asr).

:)

tata.

1 comment:

nawanajib said...

MANE NYE KATE NK POST KRGN AWK TU.
nak bce.

peqah peqah...
kt pun x mau janggal.
siapa nak
kt x nak nnti xtau nak ckp ape.
T.T
tp amaran; kt dh x sekecoh dulu. haha. INI SEMUA SBB ASRAMA. bdk laki x sporting. tgk diorg dh ubah kt jd mcm mne. pendiam senyap dan misteri. T.T

ya Allah, rndunye kt korg. rndu gile zmn kelas 3c1 tu dulu. EH HRI JUMAAT KE KHAMIS?