Friday, June 25, 2010

BIB

Aku tak nak cakap pasal peperiksaan pertengahan tahun. Jangan ingatkan aku pada peperiksaan tu, walaupun takdelah tak dapat A langsung, mestilah ada A, tapi secara keseluruhan, memang aku tak nak cakap pasal peperiksaan tu. END.

Tiga hari yang lepas, ada seekor kucing masuk rumah -  masa tu aku tengah sarapan pagi sebelum pergi sekolah. Dia mengiau-ngiau dan selamba badaks jalan2 dalam ruang tamu. Kucing tu sangat cantik, bulu panjang, gebu. Wangi dan terurus, gemuk, sihat. Tapi dia ni agak tua, laa.

Jadi keesokan harinya, adik aku cakap dia nampak lagi kucing tu. Dan pada malam tu juga, dia datang sekali lagi dan nampaknya dia dah mula belajar lepak di rumah aku. Uh Oh. Kes kucing Hilang. Malam tu mak aku kasi dia minum susu tepung. HABIS bhaaii. Memang lapor kucing ni. Hari ni pulak, dia memang lepak rumah aku. Mak aku bagi makan. Petang tadi pun, lagi sekali. Masalahnya aku mampu bagi tuna ajee. Dia tak biasa dengan keadaan macam ni, aku tau! Dia sangat terseksa dan aku harap sesiapa yang boleh bela kucing ni dengan BAIK, tuntutlah CEPAT.



Hai. Nama saya adalah BIB. Tuan manis (Shafiqah, ahaww) yang beri nama ini kepada saya, sebab badan saya semua hitam, kecuali kaki belakang dan saya seakan-akan pakai 'bib' warna putih. Alaa. Bib. Yang baby pakai kalau tak nak makanan tumpah atas baju. Macam tu. Saya dah dua kali makan tuna aje. Saya minum susu dan air masak. Saya sayang tuan manis, tapi tuan manis garang. Saya tak boleh masuk rumah, kalau tak tuan manis jentik telinga saya. Tuan Manis tak larat angkat saya keluar rumah, saya tau. Sebab saya gemuk dan berbulu lebat. KEsian Tuan Manis. Tapi dalam rumah tu, ada macam2. Saya bosan duduk luar. Pernah tu, ada kucing jantan kacau saya. Saya pun jantan, tapi saya tak biasa. Di rumah lama, saya dijaga dengan rapi. Makanan saya semua spesel2. Mak tuan manis kata, kalau saya dilepaskan, saya akan mati dan tak mungkin dapat hidup sendiri. Kucing Manja, katakan. Sejak kecil dah diberi penjagaan rapi. Saya stres. Suara saya dah serak. Mata saya kuyu. Saya lemah. Saya selalu tidur. Tuan Manis selalu belai2 saya, saya tau Tuan Manis risaukan keadaan saya walaupun baru dua hari kami jumpa. 

Please, anyone with information, this cat needs your help!

3 comments:

tutttutt said...

awak awak hantarlah kat tempat perlindungan kucing ke rumah jagaan ke.

ke kalau takde sapa2 tuntut nanti dia 'tidur'kan??

kesiannnya! ambek jela peqah.

shafiqah omar said...

itulAH. hari ni ingat nak tanya jiran2, sesapa ada hilang kucen. sebab kalau tak kami hantar SPCA>. kesian dia. at least kat sana ada experts boleh jaga. :)

hAzhAz said...

haha bermonolog?
kelakaa

persian kee. mahal tuu